Sabtu, 12 Disember 2015

Lama sudah tidak mendengar cerita perkembangan terbaru pelakon dan penyanyi, Farhan Haidid.Katanya baru sembuh dari sakit? Sakit apa tu? Jom kita borak sikit dengan empunya badan. "Saya terkena jangkitan kuman dalam darah sebelum raya haritu dan alhamdulillah sekarang dah sembuh seperti biasa" kata farhan semasa gss temubual dia di laman facebooknya.Semoga farhan terus sentiasa sihat dan kembali bekerja seperti biasa. Berbalik pada kerjaya seninya, "sebelum saya jatuh sakit haritu, saya sempat merakam satu single ciptaan oleh Bian Sabian berjudul 'raja dihatimu'. Lagu ini dinyanyikan duet bersama dengan penyanyi baru, Amir Shah. Alhamdulillah, penerimaan lagu ini oleh pendengar amat positif" ,katanya lagi. Sebelum ini juga farhan pernah keluar dengan single duet bersama dengan penyanyi dari realiti tv,iaitu keena mentor. "Hubungan kami masih seperti sahabat baik seperti dulu bahkan saya dah anggap keena sebagai kakak saya sendiri. Dia juga banyak memberi semangat dan tunjuk ajar kepada saya menempuh dunia seni ini,"Katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan